Wednesday, December 01, 2010

Pentaksiran KSSR

Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran  (P&P) lebih menyeronokkan,  Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid.

Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan.

2 comments:

  1. Ada beberapa persoalan yang timbul iaitu:

    1. Ada Guru Besar yang masih kelabu lagi mengenai pelaksanaan KSSR Tahun 1 ini, jadi bagaimana mereka nak memantau dan bimbing para guru yang akan melaksanakan KSSR Tahun 1 dengan lebih lancar?

    2. Adakah Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun akan ada lagi bagi Tahun 1 2011?

    3. Adakah pentafsiran para guru berbeza dari satu sekolah akan berbeza dengan sekolah lain, sebab saya difahamkan guru masing-masing akan buat tafsiran sendiri mengenai Standard Prestasi KSSR bagi mata pelajaran yang di ajar?

    ReplyDelete
  2. ASLMKUM:RENUNG....RENUNG...
    SELESAI TAKLIMAT KSSR UTK SEMUA GURU OLEH GURU YG MENGHADIRI KURSUS TERDENGAR SUARA KELUHAN LETIH KLU NAK TUNGGU SMPAI PENCEN ....MAIN FAIL MURID DR THN 1-6 ...BERTERUSAN NAMPAK SENANG..KOSNYA MASANYA ADUH BAGAIMANA YE..NAK KRGKAN BEBAN TUGAS GURU...

    ReplyDelete

yang kurik, kundi,
yang merah, saga;
yang molek, budi,
yang indah, bahasa.