Thursday, December 02, 2010

KSSR: BUKU TEKS DAN BUKU AKTIVITI KSSR 2011

Apakah ciri-ciri buku pelajaran yang akan digunakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?
  • Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti.
  • Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) dengan berkesan.
  • Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti.
  • Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan.
  • Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna.
  • Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan.
  • Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan.
  • Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

6 comments:

  1. Salam mantan,
    Salam ziarah.. semoga blog baru ini akan memberi banyak faedah kepada guru-guru untuk menambah pengetahuan..

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Tq Cikgu Mohamad - yang pertama berkunjung.....

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Tahniah, banyak maklumat yang berguna

    ReplyDelete
  4. boleh sy tahu, apa implikasi terhadap perubahan kurikulum drpd KBSR kpd KSSR ??

    ReplyDelete
  5. Cikgu, ada apa-apa komen/ulasan tentang buku teks/buku aktiviti Tahun 1 dan Tahun 2 yang boleh dikongsi bersama?

    ReplyDelete
  6. Tahniah dn terima kasih , blog ini dapat membantu saya mengenai KSSR

    ReplyDelete

yang kurik, kundi,
yang merah, saga;
yang molek, budi,
yang indah, bahasa.