Thursday, December 02, 2010

MAKLUMAT DARI FINLAND

 

Rakyat  Finland percaya  bahawa apabila guru-guru cemerlang dan berpuashati maka demikianlah juga anak-anak mereka. Guru-guru di  Finland mendapat gaji yang lumayan. Guru sekolah rendah memperolehi $45-50 (dollar) sejam manakala guru sekolah menengah memperolehi $75-80 (dollar) sejam. Setiap kelas mempunyai  18-20 pelajar.
 
      Di  Finland, pra-sekolah bermula pada usia 6 tahun. Pada peringkat pra-sekolah, penekanan diberikan kepada “keseronokan bersekolah” dan  “KEPENTINGAN BELAJAR”. Selepas pra sekolah  persekolahan diteruskan dengan  pendidikan wajib selama sembilan tahun. Pada gred ke-9 dan ke-10, seorang pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atas atau memilih 3 tahun persekolahan dalam aliran vokasional.  Selepas itu mereka boleh ke universiti sehingga ke peringkat masters atau Phd, atau ke Kolej Politeknik yang berfokus kepada kemahiran tertentu sehingga memperolehi ijazah pertama dan masters.

      Walaupun kebanyakan warga Finland menamatkan pendidikan mereka pada usia 25 tahun, namun proses pembelajaran diteruskan dalam bidang pekerjaan, kerana pendidikan adalah proses sepanjang hayat. Rakyat Finland secara umumnya  amat terlatih dan cekap dalam bidang pekerjaan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
 
      Di Finland, profession  perguruan adalah kerjaya yang paling dihormati. Kerjaya  doktor perubatan pula  menduduki tempat ke-dua.  Sistem pendidikan di negara Finland dihormati kerana standard  pengurusan pendidikan yang tinggi dan  tahap otoriti yang diberi kepada guru. Guru-guru di Finland adalah  amat terlatih. Kejayaan sistem pendidikan di Finland adalah kerana mempunyai guru-guru yang kompenten dan sekolah yang berkualiti.
 
      Sistem pendidikan Finland telah menghasilkaan siswazaah-siswazah berkualiti tinggi yang mempunyai ijazah masters yang  bersedia menjadi  guru, dalam bidang-bidang kemahiran mereka.  Namun terdapat juga guru-guru penolong  yang mengajar di sekolah rendah dan pra-sekolah.
 
      Semua ibu-bapa faham bahawa pendidikan adalah penting untuk anak-anak mereka dan sentiasa menerima keputusan yang dibuat oleh guru-guru terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka mempunyai masaalah disiplin di sekolah, ibu-bapa akan member kepercayaan  dan bersetuju dengan hukuman yang dikenakan. Masaalah disiplin jarang berlaku dan guru-guru mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar.
 
      Di Finland, pelajar-pelajar sangat menghormati guru mereka. Seringkali guru-guru makan tengahari bersama-sama murid mereka. Di Finland, ketika di sekolah, murid-murid diberikan makanan percuma.

      Dalam sistem pendidikan di Finland, murid-murid tidak digred (dinilai dalam peperiksaan awam) sehingga mereka berada di tahun lima. Guru-guru di sekolah menenentukan kemajuan murid-murid.  Walaupun murid-murid diuji, tetapi pencapain mereka tidak dimaklumkan kepada ibu-bapa. Kaedah ini telah memberikan keyakinan dan estim kendiri kepada murid-murid.  Hasilnya murid-murid terus berjaya dalam pelajaran dan ibu-bapaa tidak merasa risau tentang pencapaian anak-anak keranaa sentiasa dikawalselia oleh guru-guru mereka.  Guru-guru mereka adalah professional yang amat memahami hal-hal yang berkaitan dengan murid-murid merka. Guru-guru akan bermesyuarat seminggu sekali bagi membincangkan  masaalah yang dihadapi oleh setiap murid dan terus membuat keputusan apakah perkara terbaik untuk menguruskan masaalah murid tersebut supaya berjaya. Mereka akan menentukan apakah program yang patut dilaksanakan bagi mengatasi masaalah pelajar.

      Finland  mempunyai  polisi pendidikan kebangsaan dan juga penilain kebangsaan. Pembelajaran moral dan etika dimasukkan dalam kurikulum. Guru-guru membuat keputusan bagaimana menguruskan pengajaran mereka., dan bagaimana bahaan-bahan  dan  alatan pendiddikan akan digunakan dan apakah buku yang akan digunakan.  Mereka akan memilih dan menggunakan bahan-bahan pendidikan yang terbaik.

      Kawasan dan ruang di sekolah dihias. Tumpuan diberikan sesuai dengan apa yang diperlukan oleh pelajar supaya  murid dan guru  merasa  seronok dan selesa berada di sekolah.

      Murid-murid tidak diberikan kerja rumah yang banyak. Guru-guru bertugas 40% kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Yang menjadikan mereka berjaya ialah keadaan  persekitaran sekolah yang lebih ceria, lebih mesra-rakan dan lebih kondusif, ditambaah pula dengan kurangnya murid membuat kerja rumah dan kurangnya masa guru mengajar.  Murid dan guru merasa gembira. Pengetuanya lah yang mendorong kedaan ini.

      Pengetua  adalah seperti seorang pengurus besar, walaupun dia mempunyai latarbelakang dalam pendidikan. Dia memastikan sekolahnya beroperasi pada peringkat optimum termasuklah guru-guru serta kakitangan perkhidmatan sokongan di sekolaah seperti perkhidmatan perubatan, pergigian dan bantun khas berkaitan pendidikan.  Pengetua “bersikap terbuka” dengan murid-murid dan guru.

1 comment:

yang kurik, kundi,
yang merah, saga;
yang molek, budi,
yang indah, bahasa.