Saturday, May 14, 2011

Thursday, February 17, 2011

Friday, December 31, 2010

Welcome 2011

Rakan-rakan blogger sekalian:-

Pada tahun 2011 diharapkan kalian semua berazam membina rasa aman, bahagia, sihat, cergas, gembira, bertenaga, berjaya dan hebat dalam apa jua lapangan yang diceburi. 

Sama-samalah kita berusaha semoga Allah melimpahkan RahmatNya untuk kita hidup dengan ketulusan dan pengabdian kepadaNya...

Pendidikan Malaysia: Penambahan Jenis Sekolah Pelbagaian Konsep untuk Penambahbaikan Pendidikan:


Di Malaysia  terdapat pelbagai jeis sekolah berkonsep baru yang disisipkan dalam sekolah sedia ada:

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI:
Sekolah ini mempunyai etos, watak dan identiti yang unik dan berdaya maju dalam segenap bidang pendidikan.

SEKOLAH KLUSTER:
Pusat  kecemerlangan (dalam satu kelompok sekolah) yang mengkhusus kepda niche seperti muzik, sukan, ICT, bahasa dan bidang  lain berkaitan pendidikan.

SEKOLAH BESTARI:
Institusi pembelajaran yang  secara sistematik melalui proses pembikinan semula dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (pemberatan kepada ICT) dan meaambah baik proses pengurusn sekolah.

SEKOLAH WAWASAN:
Sekolah pelbagai Aliran (SK, SJKC, SJKT) yang berkongsi kawasan dan kemudahan tetapi mengekalkan perbezaan pengurusan sekolah masing-masing.

SEKOLAH PREMIER:
Sekolah yang berusia lebih 100 tahun yang telah dipilih dan dianugerahi sebagai Sekolah Kluster ekoran kejayaan dan pencapaian akademik dan bidang  kokurikulum.

SEKOLAH PINTAR:
Kerjasama  di bawah pertanggungjawaban sosial yang digerakkan oleh syarikat pegangan kerajaan (GLC) dan perbadanan untuk menggalakkan kecemerlangan , terutamanya sekolah yang kurang berupaya di seluruh negara.

SEKOLAH AMANAH:
Sekolah yang bersama-sama diuruskan oleh pihak swasta dan awam untuk memperbaiki pencapaian sekolah dan hasilan pelajar, merentasi semua pencapaian, sosio ekonomi dan dimensi demografi.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa kepelbagaian akan merencatkaan usaha integrasi.  Namun ada juga pihak yang berpendapat bahawa  “kepelbagaian adalah kekuatan”.

Wednesday, December 08, 2010

NOTA RINGKAS UNTUK GURU BARU: Kaedah, Teknik, Pendekatan, Strategi Pengajaran


KAEDAH PENGAJARAN.
Kaedah   bermaksud cara, aturan, hukum atau prinsip. Sesuatu  kaedah terdiri daripada  siri tindakan yang sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Contoh-contoh kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, percambahan fikiran, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain.

TEKNIK PENGAJARAN
Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika guru tidak menguasai teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar objektif pengajaran tidak tercapai.

 PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau halatuju  untuk mencapai sasaran.  Pendekatan pengajaran  digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran.    Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran,  mata pelajaran dan sebagainya.

Contohnya, pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.  

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajaran disebut sebagai pendekatan memusatkan guru  seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi.

Manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.   seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran  misalnya pengajaran Alam dan Manusia menggunakan perdekatan   pendekatan bersepadu yang menggabungkan matapelajaran Sejarah, Geografi dan Kesihatan. digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.   

Dalam pengajara  bahasa pula, terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pe situasi,psiko-linguistik, terjemahan dan tatabahasa. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behaviouris.  

STRATEGI PENGAJARAN
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.  . Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang  terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang berkesan.   

Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran-pembelajaran yang paling maksimum.

Monday, December 06, 2010

Starch in Leaf Test

KSSR: PERUNTUKAN MASA

PERUNTUKAN MASA KSAR

BIL

MODUL
MASA DALAM SEMINGGU (minit)
SK
SJKC
SJKT
MODUL TERAS ASAS
1
Bahasa Malaysia
360
300
300
2
Bahasa Inggeris
300
150
150
3
Bahasa Cina
-
360
-
Bahasa Tamil


360
4

Pendidikan Islam
180
120
120
Pendidikan Moral
180
120
120
5
Pendidikan Jasmani
60
60
60
6
Pendidikan Kesihatan
30
30
30
 7
Matematik
180
180
180
MODUL TERAS TEMA
8
Dunia Seni Visual
60
60
60

Dunia Muzik
30
30
30

Dunia Sains dan Teknologi
60
60
60
9
Bahasa Arab./ Bahasa cina SK/Bahasa Tamil SK./B. Kadazandusun/ B.Iban
90



Perhimpunan



Perhimpunan
30
30
30
Jumlah
1380
1380
1380

Thursday, December 02, 2010

KSSR: KURIKULUM BERASASKAN STANDARD?

KSSR: KURIKULUM BERASASKAN STANDARD?

Kurikulum Standard  Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan
dan standard pembelajaran.

Mengapa Standard?
·         Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan. 
·         Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
·         Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment  for learning).
·         Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
·         Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .



Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria    atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh  diukur bagi setiap standard kandungan.

Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran


Standard Kandungan

Standard Pembelajaran
Bahasa Malaysia
                Mendengar, memahami dan memberi  respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang  didengar dengan betul
Bahasa Malaysia
                Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan  bercapah.
Bahasa Inggeris
                Able to express personal response to literary texts
Bahasa Inggeris
                Able to respond to:
                a.  Book covers
                b.  Pictures in books
                c.  Characters
                     with guidance
Matematik
                Menama dan menentukan nilai nombor
Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a.  Membilang objek dalam kumpulan.
b.     Menamakan nombor bagi kumpulan  objek sebagai mewakili kuantiti.

KSSR: BUKU TEKS DAN BUKU AKTIVITI KSSR 2011

Apakah ciri-ciri buku pelajaran yang akan digunakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)?
  • Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti.
  • Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan pembelajaraan (P&P) dengan berkesan.
  • Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti.
  • Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan.
  • Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna.
  • Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan.
  • Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan.
  • Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

KSSR : ELEMEN NILAI TAMBAH

Elemen Nilai Tambah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR):
  • Kreativiti dan Inovasi
  • Keusahawanan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.