Tuesday, November 30, 2010

TRANSFORMASI KURIKULUM : KSSR

Januari 2011: Akan bermulalah tranformasi kurikulum sekolah rendah di Malaysia. KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) akan diperkukuh dan ditambahbaik menjadi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).

Transformasi ini melibatkan rekabentuk, organisasi, penegasan kurikulum. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum.
 Umumnya pelaksanaan KSSAR mempunyai prinsip pelaksanaan seperti berikut:-
  • Pendekataan bersepadu.
  • Perkembangan individu secara menyeluruh.
  • Pendidikan yang sama untuk semua murid.
  • Pendidikan seumur hidup.
KSSR juga berteraskan kepada tunjang utama iaitu:
  • Komunikasi
  • Sains dan Teknologi
  • Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Kerohanian
  • Sikap dan Nilai
  • Kemanusiaaan Dan Ketrampilan Diri
Dalam KSSR, pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan lebih bermakna.

Kita mengharapkan transformasi ini akan mampu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke-21.

Semua pihak sama ada di dalam sekolah maupun di luar, yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung, harus bersedia menghadapi cabaran pelaksanaan KSSR.

1 comment:

  1. salam mantan..

    datang cari ilmu buat bekalan di sini :D

    ReplyDelete

yang kurik, kundi,
yang merah, saga;
yang molek, budi,
yang indah, bahasa.